Friday, August 8, 2008

PERSIDANGAN AGUNG PEMUDA UMNO CAWANGAN BAKAWALI

Pemuda UMNO Cawangan Bakawali telah pun selesai menjalankan persidangan agung pemuda peringkat cawangan pada tarikh yang sama dengan cawangan pada 3 hb Ogos 2008.Bagi penggal 2008-2011 berlaku peralihan kuasa dalam kepimpinannya.Ketua pemuda penggal yang lepas telah pun meletakkan jawatan untuk bertanding di peringkat cawangan dan mendapat kerusi Timbalan Ketua Cawangan.Pemuda pula tampil dengan kepimpinan baru bagi kerusi Ketua Pemuda Cawangan dan Naibnya serta Ahli Jawatankuasanya.Diharap barisan ahli jawatankuasa pemuda cawangan bagi penggal baru ini lebih bersatu,bertenaga,berusaha bersama-sama membantu cawangan.Lebih-lebih lagi isu bilik gerakan yang begitu diharap oleh pemuda.Banyak aktiviti dan program yang direncakan pemuda ni.Tapi ditangguhkan dulu untuk memberi laluan untuk bilik gerakan.hidup pemuda!!